Adakah Implanon® sesuai untuk saya?
Implanon sesuai untuk mana-mana wanita yang berkehendakan kaedah kontraseptif untuk jangka masa panjang. Anda mungkin seorang penuntut kolej, wanita dalam umur dua puluhan yang sedang menumpukan kerjaya atau seorang ibu yang hendak menjarakkan kehamilan. Implanon juga sesuai sekiranya anda sudah mempunyai isi keluarga mengikut kehendak anda dan bercadang untuk menjalani pembedahan sterilisasi Doktor anda akan pastikan yang kaedah hormon sesuai untuk anda.

ke atas

Untuk berapa tahunkah saya boleh menggunakan Implanon®?
Implanon® telah dirumus untuk berkesan selama 3 tahun. Walau bagaimanapun, Implanon® akan terus berfungsi selepas 3 tahun, tetapi keberkesanannya akan menurun secara beransur. Jadi Implanon® perlu dikeluarkan selepas 3 tahun dan Implanon® baru dipasang atau kaedah kontraseptif lain perlu digunakan sekira anda tidak bercadang untuk mengandung.

ke atas

Bagaimana ia mencegah kehamilan?
Implanon® mengeluarkan hormon secara beransur-ansur untuk menghalang pengeluaran telur (ovum) bulanan dari ovari. Implanon® juga menghalang sperma dari memasuki rahim..Jadi persenyawaan tidak akan berlaku dan kehamilan akan dicegah. Perlindungan dari kehamilan akan bermula dari hari pertama permasangan Implanon® dan keberkesannya boleh bertahan selama 3 tahun.

ke atas

Adakah ubat –ubatan seperti antibiotik mempengaruhi keberkesanan Implanon®?
Sebilangan ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan Implanon®. Anda perlu pastikan yang doktor tahu yang anda sedang menggunakan Implanon® apabila ubat-ubatan lain diberi kepada anda. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital, jangan lupa untuk memberi tahu yang anda sedang menggunakan Implanon®.

ke atas

Sejauh manakah keberkesanan Implanon®?
Kajian-kajian klinikal terhadap Implanon® menunjukkan ini adalah kaedah kontraseptif yang amat berkesan dan boleh dipercayai. Sehingga kini tiada lapuran kehamilan terhadap pengguna Implanon®.

ke atas

Bagaimana sekiranya saya mengalami sakit perut, bolehlah Implanon® menghalang kehamilan?
Sekiranya berlaku sakit perut atau cirit-birit, Implanon® akan masih menghalang kehamilan. Ini kerana hormon dalam Implanon® tidak disalur dalam perut.

ke atas

Apa berlaku apabila Implanon® dipasang?
Seperti kaedah kontraseptif yang lain, doktor akan menjalankan pemeriksaan kepada anda untuk mengenalpasti sama ada kaedah ini sesuai untuk anda. Pemasangan ini mengambil masa selama seminit. Ubat bius kebas (anesthetic) akan diberi ditempat untuk dipasang untuk mengurangkan kesakitan. Selepas pemasangan, bahagian lengan akan dibalut untuk kurangkan risiko lebam. Anda perlu pastikan yang balutan sentiasa kering dan bersih. Selepas 24 jam, balutan boleh ditanggalkan.

ke atas

Perlukah saya menjalani pemeriksaan berkala?
Anda boleh kunjungi doktor anda secara rutin. Sekiranya anda ada apa-apa kemushkilan anda boleh berbincang dengan doktor anda.

ke atas

Adakah sesiapa boleh nampak Implanon® dalam lengan tangan saya?
Implanon® tidak mudah kelihatan. Walau bagaimanapun anda boleh rasa Implanon® dengan hujung jari dan ini mustahak untuk doktor mengesan Implanon® untuk ditanggalkan.

ke atas

Bila Implanon® boleh dipasang?
Doktor anda akan memberi nasihat bila Implanon® boleh dipasang. Sekiranya anda tidak menggunakan kontraseptif hormon, pemasangan boleh dijalankan antara hari pertama dan hari kelima pusingan haid anda. Hari pertama ialah hari pertama anda datang haid.

ke atas

Adakah ianya sakit?
Ubat bius (anaesthetic) akan menghilangkan rasa sakit dan pemasangan Implanon® hanya akan mengambil masa lebih kurang seminit. Ada kemungkinan rasa sedikit sengal dan lebam, selepas ubat bius hilang kesannya. Sekiranya khuatir, anda boleh berbincang dengan doktor anda.

ke atas

Bolehkah Implanon® hilang dalam badan saya?
Seketika kemudian selepas pemasangan dilakukan, selaput tisu akan terbentuk di sekitar Implanon® dan ini dapat mengekalkan Implanon® ditempati ianya dipasang.

ke atas

Adakah kesan sampingan dengan Implanon®?
Kesan samping ada dilaporkan dengan semua kaedah kontraseptif. Ini dijelaskan di muka surat 10. Maklumat lanjut tentang kesan sampingan ada diberi dalam pakej Implanon®. Kesan sampingan yang tidak diingini yang boleh berlaku termasuk jerawat (acne), pening kepala, pertambahan berat badan, dan sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk keguguran rambut, perubahan mood, perubahan nafsu syahwat, sakit perut dan sengugut. Disamping itu pemasangan dan pengeluaran Implanon® boleh mengakibatkan rasa sengal dan gatal ditempat itu. Sekiranya anda mengalami kesan sampingan semasa mengunakan Implanon®, anda perlu rujuk kepada doktor anda.

ke atas

Adakah Implanon® mempengaruhi keadaan kulit saya?
Dari kajian klinikal, jerawat (acne) telah dilapurkan sebagai kesan sampingan ubat. Sebilangan wanita (14%) mengalami jerawat (acne) semasa penggunaan Implanon®. 59% dari wanita yang mengalami jerawat (acne) sebelum memakainya mendapati permulihan kepada keadaan mereka. 10% daripada wanita ini mendapati keadaan mereka menjadi lebih buruk.

ke atas

Bolehkah Implanon® menyebabkan perubahan emosi?
With all hormonal contraceptives, Dengan kontraseptif hormon, pening kepala, loya, sengal payudara dan perubahan emosi dilapurkan sebagai kesan sampingan yang besar kemungkinan berkaitan dengan penggunaanya. Kesan sampingan ini juga biasa bagi wanita yang tidak gunakan hormon. Oleh itu kesan ini tidak semestinya disebabkan oleh hormon. Perubahan emosi pernah dilapurkan oleh 2.5% dari pengguna Implanon®.

ke atas

Bolehkah Implanon® menyebabkan berat badan bertambah?
Kenaikan berat badan dilapurkan sebagai kesan sampingan kepada 6.4% pengguna Implanon®. Wanita yang mengamalkan Implanon® atau alat dalam rahim yang bukan hormon diteliti selama dua tahun. Kenaikan berat badan didapati sama untuk kedua-dua kaedah itu.

ke atas

Bolehkah Implanon® mempengaruhi pusingan haid saya?
Implanon® berkemungkinan besar mempengaruhi pusingan haid anda. Corak pendarahan haid anda berkemungkinan menjadi kurang tepat. Perubahan berbeza untuk wanita secara individu, sebilangan mendapati pusingan haid berubah sedikit, berhenti selalu atau datang sekali sekala. Sebilangan mendapat pusingan haid berhenti dan ini tidak bermakna yang anda mengandung. Corak pendarahan haid boleh mengikut masa. Sengugut berkurangan kepada 88% pengamal Implanon®.

ke atas

Keselamatan Implanon®?
Hasil kajian klinikal tentang Implanon® tidak menunjukan kesan klinikal kepada keketulan darah atau system fisiologi yang lain. Kenaikan tekanan darah jarang berlaku.

ke atas

Adakah keberkesanan Implanon® akan berhenti selepas tiga tahun dipasang?
Keberkesanan Implanon® tidak berhenti apabila sampai dipenghujung tiga tahun pemasangan. Walau bagaimanapun selepas 3 tahun keberkesanannya akan menurun sedikit demi sedikit. Jadi Implanon® perlu ditanggalkan selepas 3 tahun dan Implanon® baru atau kaedah kontraseptif lain digunakan secepat mungkin sekiranya anda tidak ingin mengandung.

ke atas

Bagaimana dengan pengeluaran?
Pengeluaran Implanon® mengambil masa 3 minit. Ubat bius (anaesthetic) digunakan di tempat pengeluaran. Insisi (incision) dibuat dan Implanon® dikeluarkan. Selepas pengeluaran, luka dibalut untuk mengurangkan risiko melecit.

ke atas

Adakah ianya meninggalkan parut apabila Implanon® dikeluarkan?
Memang ada kemungkinan terjadinya parut selepas Implanon® dikeluarkan.

ke atas

Bagaimana sekiranya saya berkehendakkan anak?
Sekiranya anda membuat keputusan untuk mendapat anak, anda perlu jumpa doktor anda, untuk mengeluarkan Implanon®. Apabila Implanon® sudah dikeluarkan, anda akan mula mendapat pusingan haid yang tetap dan berovulasi kembali. Kebanyakkan wanita mampu berovulasi dalam bulan pertama Implanon® dikeluarkan.

ke atas

Siapa akan mengingatkan saya untuk mengeluarkan/memasang Implanon® pada masa tiga tahun?
Apabila Implanon® telah dipasang, anda akan diberi kad yang akan mencatatkan tarikh Implanon® perlu dikeluarkan. Dengan menyimpan kad ini dalam dompet misalnya anda akan teringat waktu bila Implanon® perlu dikeluarkan. Doktor anda mungkin akan berhubung dengan anda apabila waktu untuk keluarkan Implanon® telah tiba. Organon menpunyai program komputer untuk membantu doktor dalam hal ini.

ke atas

Bolehkah Implanon® mengurangkan peluang saya untuk mendapat anak??
Dalam beberapa hari selepas Implanon® dikeluarkan, hormon yang dikeluarkan oleh Implanon® sudah tiada lagi dalam badan anda. Harapan anda untuk mengandung sama seperti waktu anda tidak dipasang Implanon®.

ke atas

Berapa cepat saya boleh menggunakan Implanon® selepas kelahiran anak?
Sekiranya anda tidak menyusukan anak anda Implanon® boleh dipasang 21-28 hari selepas bersalin. Sekiranya Implanon® dipasang kemudian doktor anda akan syorkan anda menggunakan kondom sebagai kaedah sampingan selama 7 hari.

ke atas

Bagimana tentang penyakit kelamin STD?
Implanon® tidak akan lindung anda dari jangkitan STD. Anda boleh menggunakan kondom sebagai perlindungan daripada jangkitan ini dan menggunakan Implanon® untuk mencegah kehamilan.

ke atas

Adakah Implanon® meningkatkan risiko kanser payudara?
Secara amnya, risiko kanser payudara meningkat dengan peningkatan umur. Pengaruh hormon kontraseptif kepada payudara ada dilapurkan berkaitan dengan pil kontraseptif kombinasi yang mengandungi estrogen dan progestogen. Implanon® ialah kontraseptif progestogen.

Semasa penggunaan pil, risiko kejadian kanser payudara meningkat sedikit tetapi menurun secara beransur-ansur selepas berhenti pil.

Maklumat yang ada menunjukkan penggunaan pil kontraseptif progestogen melibatkan risiko rendah jika disbanding dengan pil kombinasi.

ke atas

Bolehkah Implanon® pecah??
Perkara ini tidak pernah dilaporkan.

ke atas

Saya sedang menggunakan kaedah hormon progestogen sahaja (mini pil, suntikan). Bolehkah saya bertukar kepada Implanon®?
Ya, anda boleh bincang tentang penukaran kepada doktor anda yang akan menasihatkan anda tentang hari yang Implanon® boleh dipasang kepada anda. Waktu yang sesuai ialah pada hari pertama anda tamat pil.

ke atas

Saya sedang menggunakan alat dalam rahim (IUD). Bolehkah saya tukar kepada Implanon®?
Ya, doktor anda boleh menasihati anda tentang bila Implanon® boleh dipasang kepada anda dan bila IUD boleh dikeluarkan. Implanon® sesuai dipasang antara hari pertama dengan hari kelima pusingan haid anda. Hari pertama ialah hari pertama haid anda.

ke atas

Saya sedang menggunakan alat dalam rahim (IUD). Bolehkah saya tukar kepada Implanon®?
Ya, doktor anda boleh menasihati anda tentang bila Implanon® boleh dipasang kepada anda dan bila IUD boleh dikeluarkan. Implanon® sesuai dipasang antara hari pertama dengan hari kelima pusingan haid anda. Hari pertama ialah hari pertama haid anda.

ke atas

Adakah Implanon® kaedah alternatif kepada sterilisasi?
Ya, kerana Implanon® tersangat berkesan dan ada kelebihan pemulihan. Sekiranya keadaan anda berubah, anda masih boleh bertukar fikiran.

ke atas

Saya masih ada lagi beberapa soalan (keterangan selanjut)
Anda boleh bertanya kepada doktor anda untuk soalan selanjutnya berkaitan dengan Implanon®.

ke atas


 
Schering-Plough
  © 2008 Schering–Plough Corporation